Monday, April 30, 2018

Viral Maggi Pedas Giler Daus Redscarz

Assalamualaikum, selamat datang ke Blog Daus Redscarz. Harap pembaca semua sihat-sihat hendakya. Okeh cerita kali ni pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. Trending sekarang ni. Pedas sangat ke MAGGI Pedas Giler tu ? 

Ceritanya bermula begini, hari tu aku jalan-jalan beli barang kat hypermarket terjumpa la Maggi pedas giler ni. First time aku tengok maggi ni, mesti baru kuar ni. Ada 2 perisa, maggi pedas giler ayam bakar dengan maggi pedas giler tom yummz. Aku sebagai penggemar makanan pedas ni pantang tengok makanan pedas ni. Terus aku sambar 2 bungkus maggi pedas giler ni. 

Aku beli maggi ni sebab nak tau pedas ke tak pedas maggi ni. Agak-agak boleh lawan Ramen Samyang Korea ke tak.. Macam biasa makan sambil merakam diri sendiri makan haha. Nama pun challenge kan. Kenikmatannya hilang sikit sebab asyik tengok kemera je haha.. Pedas ke tak Maggi Pedas Giler ni ?? Layan dulu video ni... abaikan muka tu.. 

Kalau tak boleh play dari sini boleh click terus link bawah ni. Link Youtube : DAUS REDSCARZ CHANNEL 

Apapun aku share sikit review aku pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. 

Tahap kepedasan
Aku bagi dalam range 6/10. Pedas dia aku masih boleh makan tak minum air. Penggemar makanan pedas masih boleh ganti ramen samyang dengan maggi pedas giler. 

Harga : 
RM2.99-RM3.99 (bergantung pada kedai/hypermarket) Paling murah aku jumpa RM2.99. Kalau harga lebih dari RM4.00 tu mahal dah tu. Harga berpatutan dan murah dari Ramen Samyang. Jadi kalau teringin makan pedas ni boleh la beli Maggi Pedas Giler. Jimat sikit haha..

Rasa Perisa Ayam Bakar/Tom Yummz :
Bagi aku dua-dua sedap. Yang tom yam ketara la rasa tom yam nya..  

Tak puas hati :
Aku tak puas hati sebab mee kecik, kalau terlambat buang air mee jadi lembik sikit. Tu je. 

Apapun korang try la nanti. Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ CHANNEL. Insya Allah ada banyak video-video baru akan datang. Maggi Pedas Giler Akif vs Aliah. 

SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL
SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL
SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL

Related Post

No comments:

Post a Comment