Saturday, April 28, 2018

Samyang Spicy Ramen Challenge Viral Malaysia Akif Vs Aliah | Pertama kali cuba !

Sejak viral Samyang Spicy Ramen Korea ni, aku antara yang terjebak dengan makanan pedas dari Korea ni. Sekarang Akif dengan Aliah pun dah nak cuba. Memandangkan ada stok tinggal 2,3 paket lagi. Boleh la bagi dorang cuba. Lama dah beli tapi nak makan kena cari timing yang sesuai. Bulan puasa kan. Siang puasa malam lepas berbuka dah kenyang so delay-delay sampai la satu hari tu dorang tak tahan dah nak rasa. Kebetulan berbuka hari tu light sikit so malam tu lapar balik jadi masa tu memang sesuai sangat la nak makan ramen ni. Aku warning siap-siap Akif dengan Aliah ni. Dah cakap pedas tapi dorang nak cuba juga so biar babah masakkan..



Dorang makan, babah rekod ! Nak tengok reaksi Akif dengan Aliah nanti. Boleh abis ke tak ? Boleh tahan pedas ke tak ? Haha. Jeng jeng jeng .....

Jom layan youtube ni. Video Akif dengan Aliah makan Spicy Ramen Korea. 


Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jom kasi support sikit :) TQ

Soalan yang sering ditanya bila tengok video ni.
1. Kat mana beli spicy korea ramen ni ?
2. Pedas ke tak ?
3. Halal ke tak spicy korea ramen ni ?
4. Brapa harga Spicy Korea Ramen ni ?

Ok jawapan yang aku boleh tolong..
1. Spicy Ramen Korea ni ada jual kat Giant atau Aeon.
2. Pedas untuk yang tak tahan pedas, yang biasa makan pedas tu biasa-biasa je. Pedas tapi sedap.
3. Halal. Ada logo halal kat pek depan.
4. Dalam range RM20.00 ke RM25.00 satu pek besar (×5)

Okeh sudah terjawab persoalan-persoalannya.. Ada lagi soalan boleh komen kat bawah ni. Aku sedia membantu.

#spicykorearamenchallenge
#spicykorearamen
#spicykoreanoodles

Kalau nak tengok babah dia punya pun ada video gak.. [Spicy Korea Ramen Challenge Daus Redscarz]


Thorwback Artikel July 2016

No comments:

Post a Comment