Tuesday, May 1, 2018

Pie Face Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD Tiga Beradik TV

Selepas buat video Bean Boozled ChallengeRamen Challenge MalaysiaMario Kart 8 Challenge, kali ni Akif dan Aliah muncul lagi dalam challenge terbaru iaitu Pie Face Challenge. Game Pie Face Challenge ni memang game yang sangat mendebarkan. Aku tak tau nak panggil nama game ni apa, game slap atau game tepek kat muka. Haha, jadi untuk game ni, Akif dan Aliah kena main guna pakai whipped cream. Kalau takde tu boleh pakai tepung ke, atau mayonis ke..Haa, whipped cream tak include dalam Pie Face box ni. So kena beli sendiri la. Mahal siot whipped cream ni.. 


Apa rules game Pie Face Challenge ni ? Kena kumpul sampai 25 point. Sapa terlebih dulu dapat 25 point dulu dia menang. 


Macam mana nak dapat point ?


Okeh dalam box ada include sekali dengan spinner nombor. Jadi korang spin la untuk dapatkan nombor. Dah dapat nombor then korang pusing handle pie face tu ikut nombor yang korang dapat. Nampak Akif pegang handle tu. Kalau korang selamat dari Pie Face maka korang akan dapat double point dari nombor korang spin tadi. Kalau kena pie face maka korang dapat 0 point. 

Kalau citer kat sini macam tak faham je kan, jom layan video.... 

Pie Face Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD



There will be more Video Challenges coming your way, so stay tuned.. Give us big thumbs up, comment and SUBSCRIBE our channel.... so you wont miss it.

Monday, April 30, 2018

Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD | Tiga Beradik TV

Pernah dengar permainan Crocodile Dentist tak ? Kalau translate ni macam doktor gigi buaya !! Haa biar betul permainan ni. Tukang cabut gigi buaya eh ? Tak la, ni permainan je dengan toy dia. 

Main crocodile dentist ni senang je.. Buka mulut buaya tu, pastu tekan gigi dia. Sapa salah tekan kena gigit.. Ouchhh... Kalau nak main ni kena ada partner baru best. Pastu kena create rules masing-masing untuk sapa yang kena gigit. Baru la rasa gementar nak tekan gigi tu.. 
Kali ni Akif dan Aliah akan buat Crocodile Dentist Challenge dengan beberapa rules yang simple. Challenge kali ni aku bagi denda yang simple, mungkin akan datang buat lagi mencabar baru la best.. 
Boleh saksikan full video Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif Vs Aliah di Youtube
Okeh jangan lupa SUBSCRIBE, COMMENT dan tinggalkan LIKE pada video. Terima kasih.. Banyak lagi video akan datang.. 

Bean Boozled Challenge Malaysia Akif vs Aliah vs Daus Redscarz | Tiga Beradik TV

Hello guys, apa khabar ? Hari ni kami nak share video youtube kami iaitu video Bean Boozled Challenge. Okeh first of all, kalau korang nak tau bean boozled ni adalah candy atau gula-gula yang direka dengan pelbagai perasa. Semestinya ada yang sedap dan ada yang tak sedap. Dan yang tak sedap tu memang kaw-kaw tak sedap !! Boleh muntahhhhh punya. Kalau tak percaya, tunggu..
Google image
Okeh, meh nak share sikit flavor-flavor bean boozled ni. Ada Dead fish, canned dog food, booger, rotten egg, lawn clippings, stinky socks, skunk spray, spoiled milk  dan lain-lain lagi.. Perghhh memang rasa nak termuntah kalau terkena..

Ramai tanya "nak beli kat mana bean boozled ni ?" Okeh kalau nak cari kat kedai-kedai, memang aku pun tak tau kat mana. Nak mudah korang beli kat online shopee or lazada. Ada banyak jual kat situ, cuma kena pandai check harga. Boleh google harga kat internet. 

Jom layan video kami | Bean Boozled Challenge dari Tiga Beradik TV.. layan..

Klik link di Tiga Beradik TV

Jangan lupa subscribe Tiga Beradik TV, LIKE, Korang boleh komen dan kalau sudi SHARE la video kami.. Terima kasih..  


SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV
SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV
SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV

Viral Maggi Pedas Giler Daus Redscarz Channel

Assalamualaikum, selamat datang ke Blog Daus Redscarz. Harap pembaca semua sihat-sihat hendakya. Okeh cerita kali ni pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. Trending sekarang ni. Pedas sangat ke MAGGI Pedas Giler tu ? 

Ceritanya bermula begini, hari tu aku jalan-jalan beli barang kat hypermarket terjumpa la Maggi pedas giler ni. First time aku tengok maggi ni, mesti baru kuar ni. Ada 2 perisa, maggi pedas giler ayam bakar dengan maggi pedas giler tom yummz. Aku sebagai penggemar makanan pedas ni pantang tengok makanan pedas ni. Terus aku sambar 2 bungkus maggi pedas giler ni. 

Aku beli maggi ni sebab nak tau pedas ke tak pedas maggi ni. Agak-agak boleh lawan Ramen Samyang Korea ke tak.. Macam biasa makan sambil merakam diri sendiri makan haha. Nama pun challenge kan. Kenikmatannya hilang sikit sebab asyik tengok kemera je haha.. Pedas ke tak Maggi Pedas Giler ni ?? Layan dulu video ni... abaikan muka tu.. 


Kalau tak boleh play dari sini boleh click terus link bawah ni. Link Youtube : DAUS REDSCARZ CHANNEL 

Apapun aku share sikit review aku pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. 

Tahap kepedasan
Aku bagi dalam range 6/10. Pedas dia aku masih boleh makan tak minum air. Penggemar makanan pedas masih boleh ganti ramen samyang dengan maggi pedas giler. 

Harga : 
RM2.99-RM3.99 (bergantung pada kedai/hypermarket) Paling murah aku jumpa RM2.99. Kalau harga lebih dari RM4.00 tu mahal dah tu. Harga berpatutan dan murah dari Ramen Samyang. Jadi kalau teringin makan pedas ni boleh la beli Maggi Pedas Giler. Jimat sikit haha..

Rasa Perisa Ayam Bakar/Tom Yummz :
Bagi aku dua-dua sedap. Yang tom yam ketara la rasa tom yam nya..  

Tak puas hati :
Aku tak puas hati sebab mee kecik, kalau terlambat buang air mee jadi lembik sikit. Tu je. 

Apapun korang try la nanti. Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ CHANNEL. Insya Allah ada banyak video-video baru akan datang. Maggi Pedas Giler Akif vs Aliah. 

SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL
SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL
SUBSCRIBE : DAUS REDSCARZ CHANNEL

Related Post

Sunday, April 29, 2018

Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia Akif vs Aliah HD | Tiga Beradik TV

Apabila Akif & Aliah buat Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia.

Serius bukan aku yang paksa tapi dorang sendiri yang nak makan. Dah lama dorang minta, tapi aku buat tak tau je. Last-last aku kesian, aku mengalah. Aku beli gak la untuk dorang.. Kami geng kaki makan ramen.. Siap request rakam lagi. Okey la jom, kali ni Akif & Aliah nak sorang sebungkus. Sebelum ni sebungkus kongsi dua orang, tu pun tak abis. Haha.. Kali ni nak sebungkus sorang. Kita tengok macam mana? Boleh abis ke tak agak-agak.

Tunggu ! 
Ada rules kali ni ? 

Makan tak boleh minum air. Dah abis baru boleh minum air.. Kejam tak? Itu rules Akif dan Aliah, babah ikut je. Tak tahan minum jela kan... 

Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia

Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia

Haaa tudiaaaa muka kepedasan !!!! Tahan ke tu ? haha.. ada minum air ke tak ? Korang layan la kat youtube.. Spicy Ramen Korean Challenge Akif vs Aliah....

Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia
Spicy Ramen Korean Challenge Malaysia

Dah tengok video, jangan lupa tinggalkan komen dan Subscribes Youtube Channel kami untuk challenge akan datang... Selamat menonton... 

SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV
SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV
SUBSCRIBE : Tiga Beradik TV

Saturday, April 28, 2018

Samyang Spicy Ramen Challenge Viral Malaysia Akif Vs Aliah | Tiga Beradik TV

Sejak viral Samyang Spicy Ramen Korea ni, aku antara yang terjebak dengan makanan pedas dari Korea ni. Sekarang Akif dengan Aliah pun dah nak cuba. Memandangkan ada stok tinggal 2,3 paket lagi. Boleh la bagi dorang cuba. Lama dah beli tapi nak makan kena cari timing yang sesuai. Bulan puasa kan. Siang puasa malam lepas berbuka dah kenyang so delay-delay sampai la satu hari tu dorang tak tahan dah nak rasa. Kebetulan berbuka hari tu light sikit so malam tu lapar balik jadi masa tu memang sesuai sangat la nak makan ramen ni. Aku warning siap-siap Akif dengan Aliah ni. Dah cakap pedas tapi dorang nak cuba juga so biar babah masakkan..



Dorang makan, babah rekod ! Nak tengok reaksi Akif dengan Aliah nanti. Boleh abis ke tak ? Boleh tahan pedas ke tak ? Haha. Jeng jeng jeng .....

Jom layan youtube ni. Video Akif dengan Aliah makan Spicy Ramen Korea. 




Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV
Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV
Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV
Jom kasi support sikit :) TQ

Soalan yang sering ditanya bila tengok video ni.
1. Kat mana beli spicy korea ramen ni ?
2. Pedas ke tak ?
3. Halal ke tak spicy korea ramen ni ?
4. Brapa harga Spicy Korea Ramen ni ?

Ok jawapan yang aku boleh tolong..
1. Spicy Ramen Korea ni ada jual kat Giant atau Aeon.
2. Pedas untuk yang tak tahan pedas, yang biasa makan pedas tu biasa-biasa je. Pedas tapi sedap.
3. Halal. Ada logo halal kat pek depan.
4. Dalam range RM20.00 ke RM25.00 satu pek besar (×5)

Okeh sudah terjawab persoalan-persoalannya.. Ada lagi soalan boleh komen kat bawah ni. Aku sedia membantu.

#spicykorearamenchallenge
#spicykorearamen
#spicykoreanoodles
#tigaberadiktv

Kalau nak tengok babah dia punya pun ada video gak.. [Spicy Korea Ramen Challenge Daus Redscarz]


Thorwback Artikel July 2016

Sunday, April 22, 2018

Pertama kali Akif sertai MPAJ Kids Eco-Challenge | Tiga Beradik TV

Aktiviti cuti sekolah dimulakan dengan MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016 yang berlangsung di Trek MTB Bukit Indah Ampang. Aktiviti lasak untuk budak-budak. Mencari pengalaman, membentuk kekuatan dan keyakinan diri. 
Seawal 7 pagi dah berkumpul di tapak pelepasan. Ramai gak kanak-kanak yang joins eco challenge ni. Ada banyak kategori antaranya super boy, super girl, super mixed team dan easy kids (5-7 tahun)
Akif Danish masuk kategori Easy Kids | D024 Ok la boleh warming up la dulu. Pertama kali Akif join aktiviti lasak ni. Ntah-ntah aktiviti macam ni dah banyak kali buat, mungkin aku tak alert. 
Saringan pertama

Oleh kerana Easy kids terlalu ramai maka di buat pulaknya saringan. Adoi la, ada pulak saringan. Kalau menang kena lari 2 kali la jawabnya. Sian budak-budak lari 2 kali. Penat kot.


Alhamdulilah masa saringan pertama Akif dapat no 2. Lepas untuk masuk pusingan akhir. 

Pusingan Akhir
Alhamdulillah Akif Danish berjaya menamatkan lari akhir mendapat tempat ke 4 secara keseluruhan. Kalau kategori lelaki Akif dapat no 3. Tapi disebabkan Easy kids tiada kategori lelaki dan perempuan maka di kira la sapa sampai dulu. 
Menerima medal dari salah seorang pegawai MPAJ
Medal Finisher & Medal tempat ke 4
Podium 1 sampai 5

Yang paling RARE tempat pertama @ juara Easy Kids ni budak perempuan. LOL.. Kesian budak lelaki kena tapau abis. Haha..

Katanya ada hadiah tempat pertama sampai ke-5 dan aku sedia maklum hadiah tempat pertama sampai ke-3 dapat duit. Tapi takkan tempat ke-4 dan ke-5 dapat medal je. Ni yang buat aku rasa terkilan. Bagi la saguhati ke goodies ke, ini bagi medal je. Baik takyah naik podium. Dah la easy kids takde buat kategori budak lelaki dan budak perempuan. Tak adil bagi budak perempuan tempat ke-2 dan ke-3 lagi tu. Anak aku boleh anjak ke kedudukan ke-3. Huhu Dah la kena lari 2 kali. 

Apa pun selesai la sudah MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016. Selesai la sudah aktiviti pertama cuti sekolah Akif Danish. Pengalaman berguna buat Akif untuk join aktiviti-aktiviti lasak akan datang. Biar beraktiviti luar dari terperap je dalam rumah main gadget. Cergas sikit minda. Haha... Next !

Saksikan video Akif Danish dalam aksi akhir

Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV
Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV
Jangan lupa subscribe ! Tiga Beradik TV